Sunday, October 28, 2007

Too Much is just TOO much!!

Taken from the web site above...


Assalamualaikum.

Selaku Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Media
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), saya ingin menerangkan di sini
tentang
kewujudan kekeliruan di antara restoran INDIA dan restoran INDIA
MUSLIM (Mamak)
di Malaysia.

Seperti yang anda sedia maklum, lewat
ini, wujud begitu
banyak restoran- restoran INDIA yang menggunakan nama-nama
berunsur Islam dan
Melayu (Sri Pelita dan lain-lain) untuk mengaburi mata
pengguna Islam.

Memang tepat dakwaan yang mengatakan bahawa Restoran
Lotus dimiliki oleh
orang yang beragama Hindu walaupun makanan yang
disajikan saling tak tumpah
seperti makanan orang-orang INDIA MUSLIM.

Menurut pengamatan PPIM,
restoran-restoran yang dimiliki oleh orang
beragama Hindu akan dimulakan setiap
pagi dengan upacara memecahkan kelapa
dan premisnya akan direnjis-renjiskan
dengan air dan sejenis serbuk.

PPIM telah dimaklumkan oleh
pengguna-pengguna Islam bahawa air
tersebut merupakan air kencing lembu dan
serbuk itu pula merupakan najis
lembu yang telah dikeringkan. Kadangkala,
makanan yang telah siap
dihidangkan turut juga direnjiskan dengan air dan serbuk
ini. Mungkin untuk
membawa keberkatan.

Sebagai pengguna-pengguna Islam
yang peka, sudah
menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu perniagaan
saudara-saudara
seagama kita. Bukanlah niat PPIM untuk mewujudkan perasaan benci
sesama
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun saya berpendapat
bahawa motto "Muslim business comes first" haruslah menjadi amalan kita.

Wassalam,

http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2951

What's next? Cant even go to a to a farm toilet cause you scared cows pee in it??

No comments:

Subscribe to my blog lah...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner